Thursday 31 May 2012

Apakah itu Hacker???

Hacker adalah orang yang mempelajari, menganalisa, dan selanjutnya bila menginginkan, bisa membuat, memodifikasi, atau bahkan mengeksploitasi sistem yang terdapat di sebuah perangkat seperti perangkat lunak komputer dan perangkat keras komputer seperti program komputer, administrasi dan hal-hal lainnya , terutama keamanan.
Terminologi hacker muncul pada awal tahun 1960-an diantara para anggota organisasi mahasiswa Tech Model Railroad Club di Laboratorium Kecerdasan Artifisial Massachusetts Institute of Technology (MIT). Kelompok mahasiswa tersebut merupakan salah satu perintis perkembangan teknologi komputer dan mereka berkutat dengan sejumlah komputer mainframe.Kata hacker pertama kalinya muncul dengan arti positif untuk menyebut seorang anggota yang memiliki keahlian dalam bidang komputer dan mampu membuat program komputer yang lebih baik ketimbang yang telah dirancang bersama.

Hacker pada masa ini memiliki konotasi negatif karena aksi-aksinya yang mengakibatkan kerugian pihak tertentu seperti mengubah tampilan suatu situs web, menyisipkan kode-kode virus dsb. Hacker menggunakan celah-celah keamanan yang belum diperbaiki oleh pembuat perangkat lunak (bug). Tetapi pada masa lalu,dan beberapa golongan hacker masa kini, masih mempertahankan budaya penganalisaan sistem.

Sejarah Uitm Pahang (kampus khazanah alam)

gambar sekadar hiasan

The ground breaking ceremony of the estimated RM26 million permanent campus for ITM Cawangan Pahang was done by the Menteri Besar Y.B. Dato Seri Haji Khalil Yaakob on 22 August 1988. The state government of Pahang had allocated 1000 acres of land in Bandar Pusat Jengka, in the Maran district, to be the site for the permanent campus to be built. The campus was built in two phases, the initial phase to accommodate 2500 students and eventually the campus, with its full facilities and infrastructure, to be able to accommodate 4500 students. The land allotment for the campus was divided into a 60:40 ratio, whereby 40 percent of the land would go for development areas, whereas the remaining 60 percent would be utilized for agricultural purposes.

The construction of the new site started in 1988 and amidst the economic crisis which saw the project halted for awhile, was finally completed in 1992. The gradual transfer of UiTM Pahang from Kuantan to Jengka was completed in 1993, thus marking a new era in its history.

On the 13 August 1996, the campus was officially declared as another branch of ITM. The new campus was officiated by then Minister of Education Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. The presence of Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak to officiate the ceremony was of great significance as he had officiated the first temporary campus in Kuantan in 1986 and ITM was indeed the brainchild of his late father Allahyarham Tun Abdul Razak.

During his speech, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak informed about the future corporatization of ITM in an effort to become a global player in the education industry. Despite the fact that ITM was only an institute, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak said that ITM could award first degrees right up to doctor of philosophy, making it a unique institution. He added that the development of ITM marked the emergence and assurance of the nobility and dignity of the Malays. He further added that the education provided by ITM was well received, as the graduates from the institution were well accepted by the job market. This was the result of its streamlined focus in developing graduates who would meet the demand of the job market.

sumber : Uitm Pahang

Malaysia Catat Kejayaan Sulung

PEMAIN-PEMAIN negara meraikan kemenangan 3-2 ke atas Pakistan pada Kejohanan Hoki PSAS di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.


MALAYSIA mencatat kemenangan pertama setelah mengalahkan juara Sukan Asia 2010, Pakistan 3-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-21 di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.

Kemenangan pertama itu mele- takkan Malaysia di tangga kelima dengan mengumpul lima mata daripada empat perlawanan.

Sebelum ini, skuad yang dibimbing oleh Tai Beng Hai itu hanya mampu mencatat dua keputusan seri dengan Korea (1-1) dan Britain (3-3).

Pakistan hanya mengambil masa empat minit untuk menumpas- kan penjaga gol Malaysia, S. Kumar bagi gol pertama melalui rembatan kencang, Muhammad Umat Bhutta.

Selepas itu, pintu gol Malaysia bolos lagi melalui rembatan kencang Shafqat Rasool pada minit ke-12 bagi gol kedua.

Tolakan kencang Amir Farid Ahmad Fuzi pada minit terakhir separuh masa pertama berjaya merapatkan jurang perbezaan gol dengan Pakistan.

Pada separuh masa kedua, Malaysia bangkit mempamerkan kegarangannya dengan melakukan serangan bertali arus bagi mendapatkan gol penyamaan.

Sorakan hampir 10,000 penyokong Malaysia membuatkan para pemain semakin bersemangat untuk mencari gol yang dinantikan.

Malaysia akhirnya memperoleh gol penyamaan melalui rembatan kencang penjaring terbanyak negara, Faisal Shaari minit ke-48.

Gol kemenangan yang dinantikan oleh Malaysia menjelma apabila pukulan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abd. Rahim berjaya menembusi pintu gol Pakistan pada minit ke-69.

Sementara itu, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, Britain memadamkan rekod tanpa kalah New Zealand 2-1 dalam satu perlawanan yang menarik.

Britain membuka jaringan melalui rembatan kencang Ashley Jackson pada minit ke-18 dan diikuti oleh Matt Daly minit ke-27.

New Zealand mendapat gol tunggalnya hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Andy Hayward pada minit ke-62.

Walaupun kalah, New Zealand masih mendahului enam negara lain dengan sembilan mata, diikuti oleh Argentina di tangga kedua dengan jumlah mata yang sama tetapi berbeza jumlah jaringan gol.



Info : Kosmo

Wednesday 30 May 2012

Kelantan dipinggirkan Umno

gambar sekadar hiasan


KOTA BHARU: Pada 1959 kerajaan PAS memohon kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ketika itu jurutera perunding menganggarkan kosnya RM5 juta.

Selepas tiga tahun tidak dihiraukan kerajaan pusat, kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri pada 1962. Pembinaannya dimulakan pada 1963 dan siap pada 1965 dengan kos RM6.7 juta.

Sebelum itu Umno menjanjikan mahu membina jambatan berkenaan, namun selepas tewas pada 1959 peruntukan projek Jambatan Sultan Yahya Petra dibawa Pahang.

Begitu juga projek rancangan tali air Kemubu melibatkan kos RM45 juta yang diperolehi kerajaan PAS daripada pinjaman Bank Dunia.

Semua projek itu dianggap mustahil bagi pemimpin Umno ketika itu, namun akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai juga dinafikan Umno.

Senator Mumtaz Mohd Nawi berkata, lebuh raya rakyat akan menjadi kenyataan dengan sokongan semua pihak.

“Kita boleh lihat sendiri pada majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya berkenaan lebih RM1 juta derma berjaya dipunggut daripada orang ramai.

“Rakyat simpati selepas kita didera begitu lama bagi mendapat kemudahan seperti negeri-negeri lain,” katanya di sini.

Menurutnya sejak Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) hingga RMK-10 kerajaan Persekutuan tidak menyenaraikan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia.

Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan lebuh raya rakyat sebagai gimik politik dan menganggap kerajaan negeri tidak mampu membinanya.

Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit hanya menutup aib mereka sendiri kerana meminggirkan rakyat Kelantan sejak sekian lama.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, biar pun sumber kewangan kerajaan negeri terbatas, namun demi kepentingan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu tetap diteruskan.

“Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab itu ekoran masalah yang ditinggalkan Umno,” katanya.

Bekas pegawai kanan kerajaan Ubaidah Yaakub berkata, lebuh raya yang dicadangkan di Kelantan bagi manfaat rakyat dan bukannya bertujuan mendapat keuntungan seperti lebuh raya di tempat lain.

Tuesday 29 May 2012

Perodua kancil Club


Salam 1 Malaysia buat pembaca ezzyben [dot] com...
Entri kali ini admin akan memeperkenalkan satu kelab yang sangat baru iaitu
Perodua kancil Kelab atau nama singkatan nya PKC...
Kelab ini ditubuhkan pada tanggal 1 Jan 2012...
Kelab ini ditubuhkan bagi mengumpulkan semua pengguna jentera perodua kancil sama ada yang telah dimofikasi ataupun standard...
Kelab ini didaftarkan di bawah Pesuruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan dan mendapat kelulusan pada tanggal 16 Mac 2012...
Presiden PKC ini adalah saudara Sufian Wabaki...

antara gambar-gambar event yang dianjurkan oleh PKC... (nie jer admin sempat ambik)

event : Acara PKKKP


event : AGM dan BBQ





Event : Sekayu,Terengganu




Gempaknya lar PKC niey kan???hehehe...
kepada pembaca yang berminat nak join Kelab niey boleh lar masuk group PKC kat fb tu yer...
hehehe...

About Us




Selamat Datang Ke :


==={{ Ezzy Ben [dot] com }}===

Blog ini diasaskan oleh Ezzy Ben dengan bantuan rakan-rakan iaitu Deep SparrowTheeteddy, dan juga Kayto Kids...

Jika nak kenal dengan admin boleh lar cari admin kat sini


AS sedia serang Syria

SEJUMLAH orang menghadiri majlis pengebumian mangsa-mangsa serangan tentera Syria di Houla pada Sabtu lalu.

WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menyediakan pilihan ketenteraan bagi menamatkan keganasaan di Syria.

Seorang pegawai kanan tentera AS, Jeneral Martin Dempsey memberitahu, pilihan itu akan dilakukan jika tekanan diplomatik gagal menamatkan pertempuran di negara tersebut.

"Justeru, saya akan menyediakan pilihan ketenteraan jika diminta untuk berbuat demikian," katanya kepada program terbitan stesen televisyen CBS, This Morning semalam.

Beliau membuat komen itu selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk penggunaan kereta kebal dan meriam dalam satu serangan tentera Syria di bandar Houla.

Dalam serangan itu, seramai 108 orang dilaporkan terbunuh.

Ia merupakan serangan terbaharu yang melibatkan kematian yang ramai.

Angka kematian akibat kebangkitan penduduk Syria menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad sejak tahun lalu dilaporkan mencecah lebih 12,000 orang.

Menurut pegawai tentera itu, beliau menjangkakan tekanan masyarakat antarabangsa yang menentang keganasan di Syria akan meningkat.

"Saya tidak pasti sama ada dalam kes di Syria, satu kombinasi tekanan diplomatik dan ekonomi akan memperoleh kejayaan.

"Namun, sudah pasti saya menggalakkan para pemimpin kami, pemimpin-pemimpin antarabangsa untuk bersama dalam satu cara yang boleh menyebabkan Bashar membuat keputusan yang betul," katanya.

Sementara itu, Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan menyatakan, beliau terkejut dengan kejadian pembunuhan besar-besaran di bandar Houla.

Beliau menyatakan demikian semasa tiba di Damsyik untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa pegawai semalam.

Annan berkata, pihak yang melakukan pembunuhan di bandar tersebut pada Jumaat dan Sabtu lalu perlu bertanggungjawab berhubung kejadian tersebut.

Beliau juga menyatakan setiap orang yang memegang senjata di Syria perlu mendengar mesejnya tentang keamanan bagi membolehkan pertumpahan darah dapat dihentikan.

"Saya berhasrat untuk mengadakan perbincangan yang serius dengan Bashar. Saya juga mahu berbincang dengan sejumlah orang semasa saya berada di sini," kata Annan.

Kelmarin, Syria menafikan dakwaan bahawa berlaku pembunuhan besar-besaran di bandar tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi menyatakan, pasukan tenteranya berada di sebuah pangkalan tentera pada Jumaat lalu semasa diserang oleh ratusan lelaki bersenjata.

Menurutnya, lelaki-lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan mortar dan mesingan dalam pertempuran selama sembilan jam.

Dalam pertempuran itu, seramai tiga askar maut dan 16 lagi cedera. - Agensi

credit to : KOSMO


Monday 28 May 2012

Kelantan Hacking Crew


Salam 1 malaysia semua buat pembaca...
Hari ini admin akan memperkenal kan satu crew yang hebat iaitu Kelantan Hacking Crew atau nama singkatannya adalah KHC...
KHC adalah satu crew yang ditubuhkan untuk menjaga keamanan di alam cyber...
Admin mendapat berita hari ini bahawa tepat pada pukul 4.20 p.m KHC dengan rasmi nya berada di bawah naungan DragonForce atau nama singkatannya DF...
KHC terdiri daripada 19 orang ahli iaitu


1. C'seven Ustaz (founder @ pemangku)
2. Keyo Ren (timbalan pemangku)
3. Usernames Password (timbalan pemangku)
4. Michael John KHC
5. Malik Kundang KHC
6. Fakhrul Jias
7. Iqkage Blacklist
8. Deep Sparrow
9. Iluvmy Crayon
10. Syazwan Khc
11. Joe Khc
12. Ichigo Khc
13. Backspace Khc
14. Raymon King Khc
15. Kayto Kids
16. Abe Khc
17. Enforce Khc
18. Squad Abu Ayyub Al-Ansari Khc


tapi kenape 18 orang jew ahli??? hehehe...
yang ke 19 tu adalah admin sendiri...

jika ingin lebih mengenali KHC anda bolehlah lawati laman rasmi KHC...
atau pun Page fan KHC....

Saturday 26 May 2012

Forum Rileks Community



Salam perkenalan buat semua pengunjung... Hari ini saya akan memperkenalkan 1 forum yang begitu santai iaitu Rileks Community... Ramai rakyat malaysia telah mengenali RileksCrew yang telah terkenal dengan kehebatan mereka di alam cyber... Akan tetapi Rileks Community bukanlah satu forum yang membincangkan tentang godaman semata-mata... Rileks Community memberikan kelebihan kepada ahli mereka untuk lebih rileks dan lebih santai... Malahan terdapat banyak kelebihan di Rileks Community seperti

1. Login ala-ala facebook
2. Rileks FM (salah satu radio daripada RC)
3. Mangga Online
4. Games Online
5. Image Uploader
6. Url Shortener

login ala-ala facebook...




semoga anda terhibur dan sentiasa santai bersama Rileks Community



Friday 25 May 2012

SALAM

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

xde bnde nak post lg..
nak kenalkan admin..hahaha
1.Ezzy
2.Kayto

sekian trima kasih