Tuesday 5 June 2012

Peguam Syarie Menulis: Perkahwinan campur wadah sebar Islam


Semangat perpaduan, tolak ansur antara kaum dapat di pupuk menerusi ikatan dua hati


TERMA perkahwinan campur sebenarnya diperkenalkan pihak Gereja Katholik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Dalam konteks Malaysia, perkahwinan campur membabitkan pasangan berbeza kaum, seperti Melayu dengan Cina atau Cina dengan India.

Islam menggalakkan umatnya bernikah dengan pasangan yang sesuai, tetapi syaratnya pasangan itu juga beragama Islam.

Firman Allah SWT bermaksud: “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang saja.” (Surah An-Nisaa’, ayat 3)

Berkahwin boleh menjadi antara faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, perkahwinan campur wajar digalakkan kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Namun, orang Islam yang memilih berkahwin campur perlu memastikan keislamannya terpelihara. Sebagai orang Islam, dialah sepatutnya menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya, bukan berperangai lebih buruk atau terikut dengan gaya hidup pasangan.

Ini bagi mengelak salah faham terhadap Islam. Perkahwinan campur juga bukan bermakna menghapuskan budaya, identiti atau nilai positif asal sesuatu kaum. Hanya agama saja yang berubah, bukan bangsa atau kaumnya.

Fahaman agama sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, atau menziarahi mereka adalah sesuatu yang tidak diajar Islam.

Perkahwinan campur adalah antara cara dakwah menyebarkan ajaran Islam. Menerusi perkahwinan campur, semangat perpaduan antara bangsa dapat dipupuk, meningkatkan semangat tolak ansur, saling memahami serta penyesuaian diri dengan budaya asing kaum lain.

Anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang budaya berbeza dapat mendedahkan mereka kekayaan adat budaya dimiliki ibu bapa, sekali gus meningkatkan tahap komunikasi serta semangat bermasyarakat.

Selain itu, anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya orang lain.

Perkahwinan campur boleh menemui jalan buntu apabila pihak terbabit tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam antara dua kaum berbeza. Ini ditambah sikap tidak mahu bertolak-ansur menyebabkan berlaku kes perkahwinan campur berakhir dengan perceraian.

Mutakhir ini, pendukung fahaman liberalisme dan pluralisme memperjuangkan terma perkahwinan campur membawa maksud perkahwinan antara dua pihak berlainan agama, bangsa dan warga negara tanpa perlu menukar agama kepada agama pasangan ingin dikahwini.

Perkahwinan campur berlainan agama tidak dibenarkan oleh Islam. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (Surah al-Baqarah, ayat 221)

Seksyen 10, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 memperuntukkan, (1) tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah dan (2) tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi di alamat emel sekretariatpgsm@yahoo.com

7 pesaing iPad

gambar hiasan

KEHADIRAN iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih tiga juta unit iPad dikatakan sudah dijual di seluruh dunia.

Layar teknologi Retina serta sambungan 4G LTE (Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini.
Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi-mimpi memilikinya, ada beberapa tablet lain yang dianggap ancaman 'serius' dan pesaing rapat iPad terbaru ini.
Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dipaparkan:

ASUS PADFONE

GAJET hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta prosesor dual core Snapdragon S4.

SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1
TABLET ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.

Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti layar resolusi 1280 x 800; prosesor dual core Exynos 1,2 GHz; kamera belakang 3MP; kamera depan 2MP; sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich; Wi Fi serta HSPA+.

TOSHIBA EXCITE X10

TOSHIBA Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo IdeaTab S2. Tablet ini dilengkapi dengan prosesor TI OMAP 4330 dual core 1.2 Ghz, RAM 1GB, kamera belakang 5MP dan kamera depan 1.3 MP.

LENOVO IDEAPAD S2

TABLET ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekal dengan kamera 5MP, OS Android 4.0 serta prosesor dual core.

ASUS TRANSFORMER PAD INFINITY 700

TABLET ini termasuk Android paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 3 1.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan, 32GB atau 64GB. Masih boleh ditambah slot microSD sehingga kapasiti 32GB.

LG OPTIMUS PAD LTE

TABLET ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5GHz dan kamera 8MP.

SONY TABLET P

TABLET ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku.

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti ketika dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE.



info : BH Online

komen : bagi pembaca yang berminat dan ingin memiliki produk seperti di atas bolehlah inbox admin di fan page...

Facebook perkenal teknologi pantau kanak-kanak

gambar hiasan

FACEBOOK sedang mengusahakan satu teknologi yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun hanya menggunakan laman rangkaian sosial itu di bawah pengawasan ibu bapa, demikian mengikut sumber yang rapat dengan usaha itu.

Facebook ketika ini mensyaratkan ahlinya mestilah sekurang-kurangnya berumur 13 tahun, tetapi usaha baru itu dilakukan kerana kebanyakan kanak-kanak menipu mengenai umur mereka bagi mendapatkan akses Facebook dan 900 juta ahlinya, kata sumber itu kepada AFP.
Seorang jurucakap Facebook memberitahu AFP bahawa tiada keputusan dibuat mengenai sebarang perubahan dasar.

Bagaimanapun jurucakap itu berkata syarikat yang berpangkalan di California itu kini meninjau kaedah terbaik bagi mengawal kanak-kanak menggunakan Facebook.

“Kebanyakan laporan kebelakangan ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menguatkuasakan had umur di internet, terutama apabila ibu bapa membenarkan anak-anak mereka untuk mengakses perkhidmatan dan kandungan dalam talian, "kata kenyataan itu.

“Kami kini berdialog dengan pihak berkepentingan, pengawal selia dan pembuat dasar lain mengenai cara terbaik membantu ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka selamat dalam persekitaran dalam talian yang berubah-ubah.”

Usaha oleh Facebook bagi membenarkan kanak-kanak, iaitu yang pertama kali dilaporkan oleh Wall Street Journal, akan menggunakan teknologi bagi membenarkan ibu bapa menentukan dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan aplikasi apa yang boleh digunakan mereka.

Laporan itu menyatakan bahawa kebanyakan golongan remaja menipu mengenai umur mereka, sekali gus meletakkan syarikat itu dalam kedudukan serba salah dalam memenuhi keperluan kerajaan persekutuan dalam mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum mengumpul data peribadi.- AFP

Nenek kebayan makan daging mentah

WAJAH perempuan tua yang hodoh sering digambarkan oleh mangsa histeria di sekolah di negara ini. - Gambar hiasan


WANITA itu digambarkan sebagai seorang yang sangat tua, bongkok dan mempunyai kulit wajah yang berkedut. Lenggok langkahnya yang dibantu sebatang tongkat kayu nampak tidak gagah.

Dikenali sebagai nenek kebayan, kisah wanita itu telah diperturunkan dari zaman dahulu hingga kini dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam Hikayat Malim Deman dan Hikayat Hang Tuah.

Dalam kisah-kisah tersebut wanita itu menunjukkan watak baik. Dia menjadi perantara untuk manusia biasa berhubung dengan puteri kayangan dengan kuasa magis yang dimilikinya.

Dalam versi lain, nenek tua itu digambarkan sebagai seorang wanita yang memiliki rupa paras menakutkan dan gemar menculik kanak-kanak menerusi lirik lagu rakyat, Nenek Si Bongkok Tiga.

Dia juga terkenal sebagai penjaga Puteri Gunung Ledang yang mendiami gunung tersebut yang terletak di Ledang, Johor menerusi cerita-cerita legenda.

“Walaupun banyak versi cerita tentangnya, kewujudan nenek kebayan ini bukan dongeng semata-mata,” jelas seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie.

Ilmu hitam

Nenek kebayan merupakan manusia biasa yang gemar tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman. Dia berbuat demikian kerana gemar menyendiri akibat mengamalkan ilmu hitam untuk memperoleh kuasa.

Dia suka membantu masyarakat kampung dan golongan berkedudukan terutamanya dalam bidang perbidanan dan perubatan. Nenek kebayan dijadikan sebagai penjaga keselamatan sebahagian keluarga raja dan pembesar zaman dahulu.

“Nenek kebayan merupakan seorang bidan, bomoh dan pawang. Namun malangnya dia mengamalkan amalan syirik dalam proses perubatannya.

“Orang zaman dahulu kala gemar menggunakan bantuan jin dalam upacara perubatan. Tidak hairanlah kalau nenek kebayan boleh hidup lama biarpun bersendirian di dalam hutan kerana ada makhluk lain yang berdampingan bersamanya,” jelas Shamsuri.

Menurut Shamsuri, biarpun kewujudannya tidak dapat dipastikan, namun ciri-ciri yang digambarkan oleh wanita itu menjelaskan bahawa ia mampu hidup sendirian dan mempunyai kuasa sakti kerana bantuan jin tersebut.

Jika kebanyakan warga emas mengamalkan memakan ulam-ulaman mahupun sumber alam untuk kekal awet muda, berbeza pula dengan nenek kebayan apabila dia gemar memakan daging mentah.

“Nenek kebayan makan begitu banyak kerana berkongsi hidangan dengan makhluk yang mendampinginya. Dia suka makan daging mentah dan darah,” tutur Shamsuri.

Hutan

Jelas Shamsuri, seiring dengan peredaran zaman dan kepercayaan masyarakat pada zaman ini yang lebih berpegang kepada ajaran Islam, kisah nenek kebayan kini sekadar menjadi cerita rakyat.

Namun, jin belaan nenek kebayan masih wujud di hutan kerana di situ tempat makhluk seperti itu berkeliaran.

“Mungkin di kawasan Semenanjung Malaysia nenek kebayan sudah tiada lagi kerana masyarakat hari ini sudah tidak mempercayai amalan seperti itu.

“Tetapi di rantau Nusantara ini mungkin masih ada nenek kebayan yang tinggal di dalam hutan bersama jinnya,” jelas Shamsuri.

Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi memberitahu bahawa dia pernah ‘ditegur’ makhluk yang menyerupai seorang nenek tua ketika mengikuti program perkhemahan di sebuah kawasan di kepulauan Borneo.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Razali bersama beberapa orang kawannya berkhemah di sebuah kawasan yang berdekatan air terjun yang dilatari oleh hutan tebal.

“Setibanya saya di tempat itu, saya melihat suasananya begitu cantik seperti terpelihara. Ketika terlelap kerana penat selepas memasang khemah, saya terjaga kerana berdepan dengan mimpi aneh.

“Dalam mimpi itu seorang wanita tua yang bongkok dan berwajah hodoh menghampiri saya dan berkata bahawa dia membenarkan kami mandi di kawasan air terjun itu, tetapi kena menjaga tingkah laku.

“Sejurus kemudian saya tersedar. Begitu sukar untuk mengiakan sama ada ia hanya mainan tidur atau benar-benar pesanan yang disampaikan oleh orang tua itu,” ujar pelajar berusia 22 tahun itu.


UiTM tak pernah had jumlah pengambilan pelajar

gambar hiasan


SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak pernah mengehadkan pengambilan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang asasi dan diploma di universiti itu.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sebaliknya, universiti itu sentiasa menambah jumlah pengambilan pelajarnya mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata, sebagai contoh, jumlah pengambilan pelajar UiTM bagi sesi pengajian Jun ditambah 20,000 tempat lagi dengan menjadikan kemasukan keseluruhan berjumlah 250,000 orang.

"Banyak pihak tidak tahu UiTM sebenarnya begitu prihatin untuk memastikan pelajar Melayu dan bumiputera dapat meneruskan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi, dan pemilihan dilakukan secara telus oleh Unit Pusat Universiti (UPU),” katanya pada sidang akhbar semalam berhubung dakwaan sebuah laman blog kononnya universiti itu akan mengehadkan pengambilan pelajar bagi sesi akan datang.

Sahol berkata, selain itu, lepasan SPM yang gagal ke UiTM boleh memohon untuk mengikuti pengajian di 28 kolej bersekutu universiti itu di seluruh negara.

"Majoriti pelajar yang diterima untuk menyambung pengajian di UiTM adalah mereka yang mendapat keputusan 5A ke atas. Pelajar yang gagal menyambung pengajian memang kecewa.

“Tetapi mereka boleh menyambung pengajian di kolej bersekutu UiTM asalkan memenuhi syarat minimum program yang dipohon,” katanya.

sumber : Kosmo Online

Komen : patut la pelajar UiTM semakin bertambah sekarang...nak ramaikan pelajar UiTM memang la bagus tapi pastikan kemudahan kepada semua pelajar adalah mencukupi...jangan la pula disebabkan pelajar UiTM yang terlampau ramai menyebabkan kemudahan asas untuk semua pelajar Uitm tidak mencukupi...-pendapat sendiri-

Mark Zuckerberg disaman kes saham Facebook

GAMBAR menunjukkan paparan harga saham Facebook di bangunan NASDAQ Marketsite, New York kelmarin.

NEW YORK - Beberapa pelabur mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg (gambar kecil) mengetahui lebih awal bahawa saham laman jaringan sosial berkenaan adalah terlebih nilai, lapor akhbar Herald Sun semalam.

Dakwaan mereka yang dikemukakan dalam satu saman baru-baru ini turut menyatakan Zuckerberg menjual sebahagian besar saham Facebook sebelum harga saham tersebut menjunam di bursa AS.

Menurut laman berita hiburan TMZ, saman itu mendakwa bahawa Zuckerberg menyembunyikan maklumat daripada kebanyakan pelabur bahawa model perniagaan Facebook tidak cukup kukuh bagi memperoleh pendapatan pengiklanan untuk menyokong tawaran awam pada nilai AS$38 (RM121.55) sesaham.

Saman berkenaan mendakwa bahawa bank Morgan Stanley, J.P. Morgan Chase dan Goldman Sachs telah memberi amaran kepada Zuckerberg bahawa Facebook telah dinilai terlalu tinggi.

Namun, maklumat tersebut hanya didedahkan kepada kelompok pelabur Facebook terbesar sahaja.

Saham Facebook susut hampir 30 peratus sejak mula diniagakan di bursa saham AS dengan harga AS$38 (RM120) pada 18 Mei lalu.

Kelmarin, saham Facebook merosot AS$0.82 (RM2.58) kepada AS$26.90 (RM84.96).


sumber : Kosmo Online

Kisah Birthday Aku

gambar hiasan


Salam 1 Malaysia buat semua pembaca setia ezzy ben [dot] com...terima kasih aku ucapkan kepada semua para pembaca yang sudi melawat dan membaca entri yang ade kat blog niey...beribuan terima kasih juga kepada follower aku yang sudi follow blog yang x seberapa niey...hehehe...

Hari niey aku nak st0ry mory satu kejadian yang menimpa aku petang semalam...citer nya cam niey ketika aku sedang nyenyak tid0 kira-kira jam 2.30 petang...aku telah dikejutkan dengan panggilan talifon daripada si dia...(siapakah si dia itu)???hehe...si dia itu aku x boleh nak mention nama die takut2 kantoi pape...tapi si dia itu merupakan orang yang sangat2 rapat n penting jugak lar dalam hidup aku niey...hehehe...

melalut lar pulak aku niey...hehe...0k2 kita sambung citer tadi...so lepas aku tersedar daripada tido tu aku terus bukak lappy untuk pasang lagu n masuk tandas untuk mandi time tu aku ignore jew handphone tu...hehe...bab kate orang tunaikan yang wajib dulu...sesudah selesai aku tunaikan semua kewajipan tu...aku terus ngadap lappy...baru jew aku l0gin fb handphone aku berbunyi lagi buat kali ke berapa entah n panggilan tu x laen x bukan daripada si dia...

Aku : hel0...ade ape???
Si dia : awak???wat ape tu???tolong datang kat tempat saya sekarang boleh???
Aku : tempat awak???mana???kenape???
Si dia : kat bandar *******...ade masalah besar niey...
Aku : tengok lar dulu mcm mana...(mood : malas nak melayan)

Lepas tu aku matikan talian dan sambung On9 balik...lebih kurang dalam 10 minit aku On9,,,si dia call aku lagi...

Si dia : helo awak...macam mana???boleh ke tak niey???
Aku : erm...entah lar awak...saya x pasti...
Si dia : awak???plis datang sini...saya ade masalah besar niey (so time tu si dia citer lar pasal masalah die tu)...pliss datang kat sini
sekarang...
Aku : yela2 (dalam keadaan malas)...

So aku dengan cepat2 capai kunci kereta n menuju ke tempat si dia...Sesampai nya kat bandar ******* ,,,aku terus mesej kat si dia tanya kat area mana??? s0 si die pun balas yang die ade kat KFC...so aku dengan susah payah nya cari lar KFC tu,,,da lar aku x biase dengan jalan2 kat bandar ******* ...tapi nasib baek aku jumpa jugak bangunan KFC tu...sampai jew kat depan bangunan KFC tu aku mesej lar kat si dia suruh datang kat keta aku...si dia balas suruh aku masuk kat dalam KFC n naek kat aras dua...

Then,,,aku dengan susah payah nya mencari parking kat area tu...nasib baek lar ada parking...itu pun beberapa kali aku keliling bangunan KFC tu...Selesai jew aku parking keta...aku terus menuju ker bangunan KFC n masuk ke dalam KFC...time tu macam ramai lar jugak pelanggan2 KFC yang dok makan kat situ...da lar time aku naek tangga tu ade sorang staff KFC asyik dok tengok2 aku jew...laen macam pulak tu...haish...ingat aku niey nak mencuri???nak merompak???aduhai staff KFC niey pun satu hal...mentang2 lar time tu aku x berpakaian kemas n nampak x terurus...

Bila sampai jew kat aras dua KFC tu aku terus mencari-cari wajah si dia...tapi aku langsung x kelihatan wajah si dia...then tiba2 si dia call aku...(dalam fikiran aku : nasib baek si dia call kalau tak malu jugak aku masuk2 cari orang tapi tak jumpa)...da lar ramai jew orang kat depan aku tu yang dok tengok2 kat aku...berbalik cerita si dia call aku...

Aku : helo...awak kat mana tu???
Si dia : kat tempat tersembunyi...awak cari lar...
Aku : malas lar saya nak cari...(maen2 lar pulak si dia niey...kata ada masalah besar)

Sedang aku bercakap dengan si dia melalui handphone tu...ada lar sekumpulan minah2 yang dok tunjuk2 ke arah si dia (macam tau2 jew)...kalau first2 masuk memang x nampak sebab terlindung dengan dinding bangunan...So aku jalan lar kedepan sikit...last2 nampak jugak si dia tu dok sorang2...sebelah table si dia tu table sekumpulan minah2 tadi tu...patot lar cam tau2 jew...

Then,,, si dia tersenyum jew kat aku n suruh aku duduk...aku tengok kat atas meja tu penuh dengan makanan...ade ker patut si dia suruh aku habiskan semua makanan tu...da lar banyak...dengan burger+ayam+chezzy wedges+air pepsi yang xde ais...hehehe...padahal si dia da tau aku niey memang x makan kalau time2 tu...aku tanya lar apa masalah???ada ker patut die boleh gelak bila aku tanya mcm tu...aku punya lar risau pikir pasal dia tapi boleh jew dia maen2...si dia cakap nanti dia akan cerita masalah dia time nak balik...

Lepas tu aku ajak lar si dia balik dengan aku...si dia menyuruh aku habiskan makanan tu dulu sebelum balik...aku cakap lar aku x nak makan n suruh bungkus jew makanan tu...so si dia suruh aku pegi ambik plastik kat bawah...aku dengan rela hati pergi lar mintak plastik kat kaunter...Bila aku kembali jew kat table si dia tu ada cake kat atas meja...Aku cam blurr jugak lar sebab aku xde terfikir pun lagi pasal birthday aku...mana tak nya tarikh birthday aku 06 Jun tapi si dia celebrate 05 Jun...

Aku cakap lar kat si dia yang aku x terima semua niey sebab tarikh belum 06 Jun...Si dia pun explain lar kat aku yang dia sebenarnya sengaja nak buat 05 Jun sebab kalau si dia buat semua niey betol2 ngan tarikh birthday aku pastinya aku boleh agak apa yang akan berlaku n disebabkan itu jugak aku susah untuk jumpa si dia tambah2 lagi kat bandar *******...Si dia sempat mintak maaf kat aku sebab menipu aku pasal si dia ada masalah besar...sebelum pulang si dia suruh potong cake tu dulu sebab si dia nak sangat tengok aku potong kek tu(potong jew pun tapi x makan)...

Dalam perjalanan balik aku terfikir alangkah gembira nya aku hari niey sebab si dia sanggup buat semua niey untuk aku...terharu lar jugak even bagi aku cam janggal sikit...yang si dia pulak x habis2 dok pandang aku driving...pabila hampir sampai jew kat kawasan rumah si dia...si dia sempat beri dua hadiah istimewa untuk aku...hadiah apa???adalah...rahsia...

Happy lar jugak sebab ada orang sudi celebrate birthday aku sebelum tarikh birthday aku yang betol...belum pernah orang yang celebrate birthday aku sebelum tarikh 06 Jun kalau yang lepas daripada 06 Jun tu ada lar...Salah satu hadiah yang si dia bagi kat aku tu yang mengandungi pesanan supaya aku lawat blog si dia tepat pukul 12 malam nanti...hehehe...blogger jugak yer si dia itu...nak tau pandai2 lar korang cari sendiri...

Cerita niey pasal orang wish birthday kat aku...Tepat jew pukul 12 mlm aku telah di serang oleh wish2 birthday daripada kenalan,kwn2,family2 aku...kebetulan time tu aku keluar lepak2 dengan member aku...so aku sekadar dapat baca orang yang send wish kat no phone aku jew lar time tu...wish pertama kat dalam mesej adalah si dia...si dia jugak...lepas tu ramai jugak lar yang mesej aku untuk wish birthday...hampir penuh inbox phone aku...biasa lar aku pakai phone murah jew...

Sesampai jew aku kat rumah...lepas aku login jew fb...aku tengok penuh dengan notification pasal orang post kat wall aku...time tu aku kira lebih kurang 40 orang yang post wish birthday kat wall...aku bukan nak menunjuk atau ape2 just nak citer pasal orang yang wish birthday kat aku tahun niey jew...Orang pertama yang conteng wall fb aku adalah cik Pauh Mangga...budak tu post kat wall aku tepat2 pukul 12.01 a.m...tapi memang aku terkejut jugak lar dengan orang yang wish birthday aku kat wall fb tu...sebelum niey x ada sorang pun yang wish birthday kat fb aku kalau ada pun yang da kenal aku kat luar ataupun yang tau banyak pasal aku...hehehe...yela memang lar sebelum niey langsung x ada @ jarang yang wish birthday kat fb aku sebab segala information pasal aku telah di private kan untuk aku sahaja...

Perhhh...cam boring jew entri aku kali niey...mentang2 lar birthday aku...Da lar citer pasal aku dengan si dia jew...maaf lar pada semua pembaca sebab entri kali niey entah pape sikit...aku main bantai jew taip niey...almaklum lar first time aku cerita pasal diri aku kat blog niey...mohon ampun dan maaf jika ade ape2 yang tersalah n tersilap...

p/s : ayat dan bahasa yang digunakan oleh aku ini di ulas menggunakan kepala lutut...so kalau x faham buat2 faham aje lar...kalau rasa boring x payah baca...